ReAd ThIs!

'' But,how shall I get ideas? ''Keeps your wits open, Observe! Observe! Study! Study! But above all, Think! Think! And when a noble image is indelibly impressed upon the mind - Act!

Wednesday, September 29, 2010

ReFlEksI

Selamat pagi dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan sekalian.
Pertama sekali,saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakan-rakan saya yang menyambut Hari Raya dan juga kepada kepada pensyarah Teknologi Maklumat kelas Prasekolah semester satu PPISMP 2010. Sepanjang menjalani kelas teknologi Maklumat ini, saya sebenarnya telah mempelajari banyak perkara yang selama ini saya tidak pernah dengar. Saya telah pelajari menggunakan teknologi terkini dengan lebih luas. Dalam tugasan pertama iaitu menghasilkan blogspot sendiri, sebelum ini, saya pernah dengar tentang blogspot, tetapi saya tidak tahu apa-apa mengenainya. Setelah berjaya menghasilkan blogspot sendiri, barulah saya tahu tentang blogspot ini. Dan kebaikannya ialah, ia dapat menyebarkan maklumat kepada rakan-rakan dengan lebih cepat. Selain itu, saya juga telah mengetahui istilah-istilah baru di dalam dunia pendidikan. Contohnya, istilah 'muntah dan makan semula'. Saya tidak pernah dengar mengenai istilah tersebut sebelum ini. Seterusnya, saya telah mempelajari banyak melalui tugasan yang diberikan. Sebagai contoh, melalui tugasan membuat pandangan sendiri mengenai pemansuhan UPSR dan PMR. Tugasan itu mengajar saya untuk berfikir tentang apa yang berlaku dalam dunia pendidikan sekarang. Sebelum ini, saya tidak pernah berfikir tentang apa yang akan berlaku dalam dunia pendidikan sekarang. Ia membuat saya untuk berfikir lebih luas tentang masalah di dalam dunia pendidikan sekarang. Selain itu, melalui tugasan seperti mencari maklumat tentang sistem operasi menambah pengetahuan mengenai sistem-sitem di komputer. Ia membolehkan saya mengenali sedikit sebanyak tentang komputer. Dan akhirnya, apabila diminta untuk membuat refleksi diri, ia membuat saya untuk mencatat tentang semua yang berlaku pada diri saya pada hari tertentu. Melalui refleksi diri, saya dapat mengenali diri saya dengan lebih dalam lagi.Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Teknologi Maklumat iaitu Encik Nik Ibrahim kerana telah memberi banyak motivasi dan tunjuk ajar kepada saya semasa kelas Teknologi Maklumat ini berjalan. Saya mendapati berlakunya perubahan dalam diri saya. Saya mendapati diri saya menjadi semakin maju dan pengetahuan saya bertambah mengenai teknologi terkini dan isu-isu semasa sekarang. Saya ingin terus belajar untuk memperkayakan lagi ilmu di dalam diri saya dan terus maju.
Sekian terima kasih.

I'm BaCk!

this week is my first week study after a long time holiday..
hahah..
i got fever last week..but its my luck bcuz i got da chance 2 stay home longer..
hehe..
i mis sabah..
haha..
next week we all will be busy bcuz got lot af assessment to go through..
haha..
but one thing..when will we get our elaun??????
huhu..